Kronologi Kampung Plentong

1985 – Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.

1986 – KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata  tanah dimiliki Syarikat Mosbert.

1987 – Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.

1989 – Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.

1990 – Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh ‘orang tengah’.

1991 – Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.

1993 – Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.

1993 – Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.

1993 – Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.

1993 – Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.

1994 – Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimula.

1994 – Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.

1995 – TNB membekalkan elektrik ke KBPT.

1996 – Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak setimpal.

1997 – Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.

1997 – Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.

1997 – Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).

1998 – Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.

1999 – Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.

2000 – Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.

2000 – Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.

2002 – Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.

2007 – Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

2008 – Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.

16 Okt 2008 – Polis menyalahgunakan kuasa dan menggunakan keganasan untuk menahan penduduk yang mempertahankan rumah halaman.

clearly nampak yang tempat ni dari dulu memang banyak masalah. support the struggle!

sumber: jelas.info

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s