Gardening

Antara percubaan2 untuk memulakan proses bercucuk tanam.. Setakat ni tanah dah dibersihkan sedikit demi sedikit.. Banyak zink, asbestos, sampah sarap dan batu-batu telah di buang (memang macam2 benda kitorang discover! silap2 ada harta karun kot..) Rumput dah dicabut secara berperingkat. Ada teman juga sudah cuba menggunakan “weed killer” tradisional dengan menggunakan sebatian campuran cuka, garam, dan pencuci (resepi yang didapati dalam internet). Tak pasti berkesan atau tidak.. tapi mungkin kurang efektif/berkesan sebab hari dia sembur sebatian tu hujan..

Semalam, kami telah cuba meletak benih di tanah yang sudah digembur sebagai eksperimentasi kesuburan dan kesesuaian tanah.. dan kami akan bina water sprinkler.. tengok lah mcm mana nanti..

Workshop gardening mungkin akan diadakan bulan November selama 2 hari.. Antara tanaman yang mahu ditanam ialah;- kangkung, brokoli, kacang panjang, tomato, cili, sawi, bawang, serai, halia, pandan dan lain2.. Mungkin herbs dan ulam2 juga..

Kami juga sudah ada compost bin yang ditambah cacing.. tapi macam lembab sikit sebatian dalam bin tu sekarang.. kena kacau selalu ni.. cacing sudah mulai keluar dari bin sebab tak selesa.. cuaca yang selalu hujan juga tidak banyak membantu.. Pada masa akan datang, mungkin kami akan bina compost bin untuk komuniti.. Jadi jiran2 boleh bawa kitchen scraps mereka dan diletakkan di dalam compost bin di rumah FNBKL, dan kemudian ambil tanah compost untuk kegunaan mereka. Best kan?

Harap cepat2 lah garden ni siap… kami masih kekurangan bahan2 seperti cangkul dan alat2 pengorek yang kecil jadi agak terbatas proses pembersihan. Sesiapa yang baca ni boleh lah donate kalau ada extra benda2 bercucuk tanam eh?  Dan bantuan sentiasa diperlukan.. Jomlah tolong!! Thanks. Sampai sini sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s