Jangan tengok belakang!

Mari anak-anak. Ini satu sesi berceloteh bersama Cikgu Hana. Hari ini kita belajar terma-terma yang sedang “hot” digunakan di rumah orang gila dan tidak siuman dikala kawasan Petaling Jaya ini.

Tema terma hari ini adalah sesuatu yang berkaitan dengan PUNGGUNG atau my favourite way of saying it, ‘pungkonk‘, ala orang Utara. Best tau!

Tight ass – Ramai juga yang berperangai sebegini, ada yang selamba, tidak kisah dan ada juga yang extreme.

  • Di waktu parti, ada segolongan yang tidak suka cakap banyak dan kurang mesra. Mungkin memang personaliti mereka yang pasif atau anti-sosial yang membuatkan mereka sebegini. Pendiam, malu dan mungkin malas aja.
  • Gosip Classroom: Kalau nak tahu, semasa ada diajukan terma ‘tight ass’ pada seorang rakan kolektif, seorang kawan lain pun berkata mungkin golongan tight ass ini tight ass sebab ass-nya belum dilonggarkan. Waduh, apa tok! (Dan kenapa Cikgu Hana bicara begini? Mamposlah!) Diwaktu kejadian ini berlaku, Cikgu Hana sibuk bersosial dengan the grrrls.

Asshole – Berkaitang dengan lubang jubur dan aktiviti seksual berkaitan dengan bahagian badan ini baru-baru ini menjadi topik hangat akhbar dan berita nasional. Tidak sangka jubur pun boleh jadi dipolitikan. Kasihan anak-anak kecil yang terpaksa membaca tentang berita sebegini kerana sebahagian manusia yang sangat homofobik atau tidak sexually experimentatif.

  • Terma ini diajukan kepada mereka yang kurang ajar di dalam bahasa percakapan dan penulisan mereka. Termasuklah kata-kata Cikgu Hana hari ini. Cikgu Hana tidak nafikan, kerana manusia semua ada lubang jubur, kalau tidak, mana mau keluar makanan proses tu? Kalau ada seorang yang keras kepala juga boleh dipanggil ‘asshole’ tetapi Cikgu Hana tidak pasti kenapa perkaitan kepala yang keras boleh dikait dengan pungkonk yang berlubang.
  • Gosip Classroom: Di dalam satu perbincangan kolektif, untuk mempelbagaikan ayat cacian dan tohmahan, ‘asshole’ telah ditambah didalam ayat-ayat pedas dan gerenti terasa selain dari ‘sarcastic’ dan ‘keanakan’. Dan Cikgu Hana berpendapat bahawa ayat adalah senjata kuat yang boleh membunuh lebih dalam dari pisau. At least dah kena pisau, nyawa dah tidak ada, tidaklah ada yang terasa lagi, atau yang nak mengungkit. Yang terkena ayat pedas ni boleh gaduh sampai seribu tahun tau. Jadi apa moral cerita ini, anak-anak sayangku?

Hot ass – Bukan sahaja berkaitan dengan pungkonk yang memang panas bila duduk di kerusi lama-lama, tetapi kadangkala diajukan kepada segelintir yang mempunyai lekuk-lekuk belakang yang diidami ramai.

  • Sesuai digunakan untuk semua; perempuan, lelaki, queer, campur dan lain-lain. Kadangkala ajukan ini boleh dilabel sebagai harassment kalau tidak bijak dalam menyampaikan ayat yang sebenarnya bermaksud pujian dan bukan degrading comment. Jadi pesan Cikgu Hana, berhati-hati ya kerana segelintir boleh mengambil sebagai pujian dan yang lain sebagai gangguan.
  • Gosip Classroom: Di waktu rakan seperjuangan menunjukkan hot ass-nya di satu gig, ianya menjadi berita, yang…well, hot. Kini hot ass-nya dipuja oleh rakan kolektif dan ada juga yang mahu puja rakan kita ini sebagai dewa! Ada satu ornament patung yang dilondehkan seluarnya tergantung di pintu rumah kolektif yang lari berpusing-pusing ni. Kalau mahu lihat artwork hebat ini, silalah datang jumpa Cikgu Hana dan rakan-rakan kolektif lain di PJ Mad House ini.

Akhir kata, Cikgu Hana harap semua pun ok-ok saja. Sebagai disclaimer, bentuk penulisan ini adalah berbentuk sinikal sahaja konteksnya, jadi jika ada sebarang perselisihan faham atas ayat-ayat yang mungkin tidak menyenangkan, Cikgu Hana hulurkan sepuluh jari untuk mintak ampun. I’ll buy you your next drink bila jumpa disini.Promise (^_~) ❤

3 thoughts on “Jangan tengok belakang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s